Sabtu, 5 November 2016

Asalamualaikum w.b.t. hai akhirnya boleh jugak buka blog ni huhu rindu sesangat 😖 habuk segala habuk bertempiaran bila buka pintu tadi hahaha. Okay so storynya sha sekarang tengah sambung study. Sha sambung form6 😊so mula mula masuk tu memang tak sure nak masuk terus ka nak tunggu upu. Tapi tu laa bila upu yang dinanti tak kunjung tiba hermm pasrah dah nak tunggu. Sakit jiwe kowt. Benda yang dinanti tak kunjung tiba. What the fish haa. Hahaha maka stay laa form6 tu sampai ke hari ni. Ni nak masuk sem 1 @ penggal 1. Berapa minggu lagi nak exam penggal 1 sah semua cuak kecut perut kecut otak Dan segalanya bergaul. Purhhhh... Kalau ada yang tak credit habis dah aku. 😥😥 apa apa pun sha boleh sha boleh. Yang penting sentiasa berdoa supaya apa ilmu yang kita belajar akan dibuka pintu hati kita. Yang paling penting restu dan doa ibu bapa tu penting sangatt sangatttt!!!!!!!!!! So tipsnya sebelum seminggu nak exam tu mintak laa restu depa. Pi bisik kat mak *Mak, adik nak exam dah. Mak buat solat hajat naa pastu restukan segala apa yang adik dah ambil. Pandai pandai hampa karang ayat laa. Tu penting taw. Mak mana tak sayang anak kan. 💕Okay pastu restu cikgu hampa tu penting jugak naa. Haa pi laa mintak restu depa naa. Okay yang nak hadapi exam tu pulak jangan lupa doa jugak. Pastu usaha laa study lagi dan tawakal. Okay nak stop dulu di sini.  Nanti sha share lagi naa. Take care semua 💞

Selasa, 30 Disember 2014

TAHUN BARU MAKA AZAM PUN BARU.. LAILAILAI :)

TAHUN BARU , AZAM BARU

Asalamualaikum hehe,.. Lama kan sha tak buat catatan kat blog sha kan? huhu busy laa u.. Ok lah pergi pada topik kita tahun baru, jadi azam pun kena lah baru.. so apa azam tahun baru korang ?? share larh sikit, kata sharing is caring kan kan?? hahaha xpa meh sha nak share dulu.. haa.. azam tahun baru sha,sha nak lulus dengan cemerlang dalam SPM.. u know SPM.. haha mesti larh tahu kan.. huhu.. Sha dah nak SPM dah ni..so kena fokus betul betul lah kalau macam nikan. Enjoy tinggal sat .. haha yelatu sha ooii.. heheh.. SPM niy memang sha kena pulun betul lah sebab dah janji dengan mak abah.. tu lahh ko bila tawaran masuk KV dapat ko buat sayang nak tinggalkan sekolah tu. hah.. kan dah kena xpa . adik janji yang adik akan tunaikan janji adik tu mak abah.. korang pun doa2 lah kat sha sama yer . Dan sesiapa yang nak ambik SPM jugak tu, sha harap korang pun sama lah belajar bersungguh ya. Wuuwuu,azam sha yang lain pulak sha nak beli gitar hehe nak belajar balik main gitar lupa habis dah skill nak petik segala mak nenek kat gitar tu. Seheh dah . Pelupa dah bila nak beli tak tau.. xpa kalau ada bajet lebih sha beli , but memang gila2 nak beli oii. Meh sapa ada gitar lebih tuw sedekah kat sha satu bleh? Haha just kiddings u. Kikikiki! tapi xpa larh.. buat masa sekarang ni biar sha beli barang keperluan nak belajar dulu lah nanti2 baru beli. insyaallah. Duit mana kau duit huhu  Huwaa tu jelah kot xpa larh jumpa tahun depan klau ada umur yg panjang dan masa yer. harap semua happy good luck selalu yaa. ok lah sha mintak izin nak lalu balik dulu yer. Huhu. Bai tata . Senyum biar ikhlas :)

Selasa, 28 Januari 2014

Life of student 👣


First time la katakan, apa aku nak kata ni haa,otak tetiba jams , kehkeh. Bila duduk saja-saja tu idea macam-macam masuk, sampai berbelit-belit otak aku ni. kehkeh. La ni sepatah apa pun tak hingin muncul. Aku ni kuat berangan ,kadang-kadang la, kalau duk saja-saja , macam orang duk kata tu, angan-angan mat jening, yaka mat jening, hadooiii lupa udah den ni haa. hehe. Tapi aku perempuan so -angan-angan minah jening, fuhhlaweh. Apa-apa je la. jangan salah faham. Oklah aku cerita pasal kehidupan aku sebagai pelajar sekolah, aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali' Ahmad. Asal nama sekolah ni yang dulu sekolah Menengah Seriab tapi dah ditukar, sebab apa aku tak tahu. Sekolah ni bagi pandangan aku laa masa first time melangkahkan kaki ke sana , form 1 masa tu, sekolah ni cantik . Puji sekolah sendiri noo. It's okay. Bilangan pelajar sekolah ni lebih kurang 500 orang lebih la ,kalau tak silap aku laa.  Memang sekolah ni bilangan pelajarnya sikit bukan macam sekolah lain. Tempat yang strategik. Dekat dengan rumah aku jugak tu. Pelajar-pelajar buat perangai tu sememangnya ada Best sekolah kat sini, rasa tak mau keluar ja dari sekolah tu huhu. Sekarang dah form4 tahun depan form 5 lepas tu. hanya allah yang tentukan aku hanya merancang.. tahun ni 2014 azam aku cuma 1 ja,aku berazam nak belajar betul2 rajin2... pasai apa, sebab aku dah tolak satu tawaran yang aku nak kata menyesal pun tak pasti . Entah la.. tak mampu aku katakan. Biarlah hanya aku yang tahu. Tetapi aku yakin, walau dimana kita berada ,kita pasti akan berjaya.. tetapi harus berusaha juga. Jangan pandai cakap saja, tapi tak buat . Masuk balik bab form 4, tahun ni aku pegang jawatan pengawas sekolah, (ni bukan nak bangga diri okey) , aku hanya mencuba untuk menjadi seorang pemimpin , pemimpin kecik katakan...HMM... tugas aku,  haa paham2 jela tugas pengawas ni, biarpun susah sebab first time ,tapi aku rasa lama-lama nanti okey la.. salah satu tugas pengawas yang aku boleh katakan mendebarkan jadi pengacara majlis, macam mana aku nak terangkan yee..macam jadi mc la,cakap depan orang ramai,padahal pelajar -pelajar sekolah tu jugak. But aku belum lagi,mungkin bulan depan. Ya Allah ,Kuatkan semangat aku, Tenangkan jiwa aku,amin... tugas2 lain jaga pagar sekolah,kantin,tempat letak basikal Dan motosikal, tapak perhimpunan Dan blok2 sekolah. Pengawas ni semua perkara mesti sabar dengan kerenah pelajar2, tegas mesti ada, perasaan malu mesti buang habis habisan. Kalau malas baik tak payah jadi pengawas. Pengawas ni boleh dikatakan sebagai orang ketiga di sekolah selepas pengetua , guru-guru, lepas tu baru pengawas-pengawas sekolah. Bagi aku la, ada juga orang lain kata macam lain. Okay sekian untuk hari ni, insyaalah semoga kita berjumpa lagi yee.. assalamualaikum w.b.t.

Rabu, 29 Mei 2013

SAHABAT YANG SEJATI

Sahabat yg sjati akan sentiasa bersama kita n sentiasa menolong kita apabila kita berada dlm kesusahan..sahabat sjati tdk akn mempersia-siakan diri kita...mereka akan sentiasa berada di samping kita x kira susah n senang...bahagia n gembira dikongsi bersama...derita n sedih dihayati bersama...Sahabat yang sejati tdak akan mudah menyakitkan hati kita...sahabat yang sejati tdak akan menyusahkan hdup kita..sahabat yg sejati tdak akan membohongi diri kita..sahabat yg sejati tdak akan mempermainkan hati n perasaan kita....sahabat yg sejati tdk akan memperguna-gunakan diri kita....shabat yg sejati tdk akan melupakan diri kita apabila mereka sdah berjaya atau tlah mencapai satu kejayaan...shabt yg sejati akan selalu mengingati kita....kenangan lama dikenang kembali...saat suka n duka ....knangan phit manis tersemat di lubuk hti...ketawa bersama,menanggis bersma sentiasa tersemat di hti...shabt sejati akn membimbing kit kejalan yg lrus..jlan kebaikan...plihlah shabt yg baik imannya,baik budi pekertinya,baik akhlaknya...kerana terslah memilah shabat mungkin hdup kita akn menderita atau merana...shabt yg sejati akan sentiasa tersenyum x kla melihat kita gembira...takkala kita susah dia lah sahabta yg sudi mendengar n men0long kita...shabt sejati akn sentiasa menceriakan hdup kita takkala kita kesedihan...keikhlasan...penting dalam persahabtan ...kejujuran ,kerjasama,syang menyayangi...)leh itu,hargai persahbatan yg telah terjalin ini...sekian shaja untk hri ini....klau ada yg krang tlong tegur2 kan yee..:)c.u.soon...


Sabtu, 25 Mei 2013

SALAM PERKENALAN ...

      Assalamualaikum,hai,apa khabar?...ini baru first time cuba buat blog sendiri...sebelum nie tengok dan baca blog kawan-kawan je..so,hari nie nak cuba,harap-harap ia nya menjadi...kalau ada yang tersalah atau tersilap ..harap,tolong tegurkan yeee...wasalam...